Tuesday, March 20, 2018

Sejarah Kumpulan Kochik part 1


THE ORIGINAL KOCHIK

Awal bulan Februari, 2017. Aku dan Achik sama2 belajar memetik gitar kapok dan banyak memainkan lagu2 baru dan lama.. Jadi kami memutuskan untuk merakamkan lagu pertama yang liriknya ditulis oleh achik sendiri yg bertajuk "Sendiri".  Pada ketika itu kami menggunakan nama "KOCHIK" sebagai nama kumpulan. Aku sebagai gitaris dan vokalisnya adalah oleh Achik sendiri. Banyak kesilapan semasa hendak merakam lagu itu oleh kerana kami yang belum bersedia.Lagu pertama kami yg bertajuk "Sendiri" agak popular untuk seberapa lama dan telah menjadi siulan para remaja dan kanak2 setempat.

KEMBALI

Tidak lama kemudian kami mula mencari idea untuk merakamkan lagu kedua kami yg bertajuk "Kembali" iaitu sambungan kepada lagu "Sendiri". Lirik lagu ini juga ditulis oleh Achik. Gitar yang digunakan oleh aku adalah gitar elektrik. Lagu "Kembali" agak 'catchy' berbanding lagu pertama oleh kerana melodi yang  agak rancak. Lagu "Kembali" menjadi lebih popular selepas lagu pertama.

CINTA TAK PASTI

Dateline sudah hampir, Lagu baru perlu dikarang.. Kali ini kami menggunakan melodi jiwang untuk lagu baru. dan hasilnya, "Cinta Tak Pasti". Merupakan lagu ketiga yg lebih flat dan menangkap! Aku kembali menggunakan gitar kapok.Tetapi, Kami mengalami sedikit masalah semasa proses merakam lagu itu oleh kerana high note pada korus yang asal telah mengganggu range vokal achik. Masalah ini juga telah memakan masa kami dan terpaksa ditunda berkali - kali. Tetapi pada akhirnya telah selesai juga rakaman lagu ini dan mengambil keputusan untuk berehat.

GEMA KASIH TERUSIK

Keinginan dan kesibukan berbelah bahagi. Lagu baru tidak dirancang. Aku mula berperanan sebagai penulis lirik dan masih juga sebagai gitaris.. lagu baru ini juga sering tertunda atas masalah peribadi yg tak dapat dielakkan. dan terjadilah "Gema Kasih Terusik". Tajuk yg garang untuk lagu yang tidak garang. Kali ini aku bertindak sebagai penyanyi temporary singer untuk menyiapkan lagu ini. Hasilnya, Lagu ini hanya pada tahap populariti lagu "Kembali" mungkin kerana melodinya atau vokal yang bukan dari Achik.


STOK LAMA!

Kami menjadi 'tepu idea' selepas lagu yg keempat. banyak lagu2 selepas itu yg kami hasilkan seolah2 tiada apa yg menarik. Kami mengambil keputusan untuk berhenti.